Monday, September 15, 2008

balak pemusnah alam sekitar


Balak telah berkurangan. Rakyat makin miskin. Apa sumbangan industri balak kepada penduduk disini. Saya mahu maklumbalas anda

Thursday, September 11, 2008

Kami Mahu Jalan, Perlu Prihatin


Sejak negara mencapai kemerdekaan 51 tahun dahulu, Pekan Kapit hanya dapat dihubungi melalui jalan sungai iaitu Sungai Rejang. Kalau kita imbas 51 tahun sudah merdeka, bermakna tiada perubahan kerana sehingga hari ini jalan sungai masih lagi digunakan kerana tiada jalan lain. YAB Perdana Menteri dalam Bajet 2009 menyatakan bahawa kerajaan Sarawak diberi RM3.3 bilion untuk projek insfrastruktur. Namun ternyata apa yang dibentang kan oleh YAB Perdana Menteri tidak ada senarai jalan menghubungkan Kapit dengan dunia luar. Ini menyebabkan penduduk Kapit merasa sedikit terguris. Mereka merasakan bahawa mereka dianaktirikan.Apa beza penduduk di sini dengan penduduk lain di negeri ini.
Kenaikan kos pengangkutan dan tambang penghantaran barang sangat membebankan penduduk di sini. Jadi bantulah kami disini, supaya tidak ketinggalan dari masyarakat lain. Walaupun ada jaminan dari Timbalan Menteri Kerja Raya bahawa jalan tersebut akan dibina, namun persoalannya bila?Tahun depan, lima tahun akan datang, sepuluh tahun, dua puluh tahun atau tidak diketahui bila. Tepuk dada tanya selera. Kami mahu keadilan,kami mahu menikmati buah kemerdekaan.